.

ALAN MAGIC
SEMUA ADA DI SINI SOFTWERE ,GAME,TOTORIAL BLOGER,BISNIS ONLINE.DLL

Monday, 21 March 2011

wifi_zone

Kepada pembaca yang mempunyai sambungan broadband dirumah (Streamyx, Penangfon, etc),tahukah anda bahawa anda dapat menjadikan rumah anda sebagai zon WIFI hotspot seperti yang banyak terdapat di restoran-restoran mamak, cybercafe dan lain-lain.

Dengan sedikit kelengkapan dan kemahiran,anda dapat menyiapkan Wifi hotspot sendiri dengan mudah.

Kelebihan :

1.Jika dahulu hanya sebiji komputer atau laptop dapat mengakses internet, kini semua komputer dan laptop dirumah anda dapat mengakses internet serentak!

2.Jika rumah anda adalah rumah dua tingkat, tidak menjadi masalah untuk komputer dan laptop samaada ditingkat bawah / atas untuk mengakses internet asalkan mempunyai antena wireless.

3.Dapat bermain game LAN beramai ramai jika mempunyai banyak PC.Contohnya game Counter Strike, Red Alert, Dota, dan lain-lain.

4.Dapat berkongsi file-file dengan seisi rumah dengan mudah.

Jika anda berminat untuk mengetahui caranya, ikuti tutorial ini :)

Tutorial ini khas untuk pengguna streamyx yang menggunakan modem biasa (bukannya Wireless Modem)

Kelengkapan yang diperlukan :

1.Wireless Router

2.Kabel LAN (2 unit)

Langkah-langkah :

Bahagian A – Sambungan hardware

1.Dapatkan Wireless Router dimana-mana kedai komputer.Sekiranya anda mencari wireless router yang agak murah dan mempunyai perfomance yang baik, saya sarankan anda membeli wireless router Belkin.Boleh didapati di Plaza Lowyat dengan harga rm99.

Wireless Router Belkin :

belkin

2.Jika anda menggunakan modem yang dibekalkan oleh tmnet, sila cabut kabel LAN yang dihubungkan kepada pc anda dari modem tersebut.

contoh modem streamyx :

zte

3.Sekarang sambungkan kabel LAN yang telah dicabut dari pc ke port berlabel Modem pada Wireless Router anda.

contoh:

belkin2

4.Sekarang modem anda telah disambung ke Wireless Router.

5.Dengan menggunakan satu lagi kabel LAN, sambungkan PC anda ke wireless Router dengan mengunakan port berlabel Computer pada Wireless Router anda.

belkin3

6.Modem yang telah disambung kepada router.

modemkerouter2

Bahagian B – Akses Router

1.Pergi ke komputer anda, klik Start->Run->cmd

cmd

2.Dalam tetingkap cmd, taip ipconfig dan tekan enter.

ipconfig

3.Sekarang data-data berkaitan IP telah terpapar pada skrin.dapatkan Default Gateway untuk Local Area Connection.

defaultgateway

Dalam contoh diatas, default gateway ialah 192.168.2.1

4.Sekarang sila masuk ke browser internet anda (Firefox, Opera, IE, etc)  dan taip default gateway tersebut sebagai addres dan tekan enter.

address

5.Sekarang anda telah berjaya mengakses bahagian Setting router tersebut.

router

Bahagian C – Membuat sambungan internet

1.Untuk memasukkan username dan password streamyx anda, sila cari bahagian yang bernama PPoE.(Anda perlu mengexplore sendiri kerana setiap router mempunyai inter

No comments:

Post a Comment

SEDIKIT KOMENTAR SANGAT BERARTI BAGI KEMAJUAN BLOG INI